Capcom hari ini mengumumkan yang mana permainan Monster Hunter World kini mencapai lebih dari 13 juta salinan yang diedarkan secara fizikal dan jualan secara digital.

Sememangnya ianya adalah jumlah yang tidak mengejutkan memandangkan hanya Mei lepas permainan tersebut mencapai jumlah edaran sebanyak 12.4 juta salinan dan merupakan permainan terlaris oleh Capcom.

Bersempena dengan pencapaian tersebut, bermula 25 Julai sehingga 29 Ogos 2019 ini, Capcom akan menyertakan pek barangan bonus khas buat kesemua pemain yang log masuk di dalam dunia Monster Hunter World.

Antara barangan yang disertakan adalah Attack Jewel, Appreciate Ticket, Silver Egg, Gold Wyverian Print dan Heavy Armor Sphere. Kelengkapan dan barangan ini sudah pasti akan memberi banyak persediaan buat pemain dengan bakal tibanya pernambahan Iceborne menjelang September ini.

Monster Hunter World telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini