Skip to main content

Capcom minggu ini mengemaskini senarai jumlah penjualan bagi kesemua permainan mereka setakat 31 Mac 2019. Walaupun dikeluarkan pada awal tahun lepas, Monster Hunter World merupakan permainan mereka yang paling banyak terjual dengan jumlah jualan 12.4 juta unit.

Ia diikuti dengan permainan daripada siri Resident Evil iaitu Resident Evil 6, Resident Evil 5 dan Resident Evil 7 dengan jumlah penjualan untuk masing-masing adalah 7.5 juta unit, 7.3 juta unit dan 6.4 juta unit.

Street Fighter 2 yang dikeluarkan pada 1992 berada di tempat kelima dengan jumlah penjualan 6.3 juta unit. Manakala Resident Evil 2 versi olahan semula yang dikeluarkan pada awal tahun ini telah terjual 4.2 juta unit iaitu masih kekurangan 700 ribu unit berbanding Resident Evil 2 yang asal.

Devil May Cry 5 yang dikeluarkan pada awal bulan Mac, terjual sebanyak 2.1 juta unit namun jumlah tersebut adalah untuk penjualan bagi bulan tersebut sahaja.

Capcom telah mempunyai tahun yang baik pada tahun lepas dan juga pada awal tahun ini, akan tetapi ia sudah semestinya satu perkara yang sukar untuk menyaingi Monster Hunter World.

Leave a Reply