Glen A. Schofield merupakan pengasas bersama Sledgehammer Games iaitu studio di bawah Activision yang bertanggungjawab membangunkan permainan Call of Duty mengumumkan yang beliau kini menyertai PUBG Corp.

Beliau akan menjadi ketua kepada studio baharu iaitu Striking Distance di bawah penerbit permainan pertempuran royale PUBG tersebut. Buat masa ini beliau tidak berkongsi permainan yang akan dibangunkan oleh studio tersebut, tetapi mengatakan ia adalah berdasarkan dunia permainan PUBG.

Tambah beliau lagi, permainan yang akan dibangunkan bukanlah PUBG 2 ataupun sambungan permainan pertempuran royale akan tetapi mereka akan membangunkan permainan AAA berdasarkan penceritaan di dalam dunia PUBG.

Brendan Greene atau lebih dikenali sebagai PlayerUnknown yang merupakan pengarah untuk PUBG pada awal tahun ini telah mengumumkan yang beliau beralih daripada PUBG ke satu projek baharu, mungkin ia mempunyai kaitan dengan penubuhan studio baharu ini.

Buat masa ini mereka memfokuskan usaha untuk mencari pembangun bagi studio tersebut, oleh disebabkan itu mungkin ia akan mengambil masa sebelum maklumat lanjut mengenainya diumumkan.

Sohor Kini