Tahukah anda, perkataan PlayerUnknown di dalam PlayerUnkown’s Battleground merujuk kepada nama gelaran bagi pengarah permainan tersebut iaitu Brendan Greene?
Hari ini, beliau mengumumkan yang selepas 5 tahun menjadi pengarah bagi permainan PUBG, beliau kini beralih kepada sesuatu yang baharu tetapi masih di dalam PUBG Corporation. Beliau akan mengetuai bahagian baharu iaitu PUBG Special Projects.
Oleh disebabkan itu, beliau akan berpindah dari pejabat di Korea Selatan ke Belanda. Menurut beliau lagi, bahagian tersebut akan bertanggungjawab untuk mencari, mencuba dan mencipta teknologi, peralatan serta bentuk permainan yang baharu.
Kami ingin mengucapkan semoga berjaya kepada beliau untuk projek baharu ini.