Lanjutan daripada tertirisnya permainan pernambah-baikkan Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch Remastered sebelum ini, Bandai Namco minggu ini akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4 dan PC pada 20 September 2019 ini.
Menariknya, ketika Nintendo Direct semalam, versi asal permainan tersebut juga diumumkan buat konsol Switch juga pada tarikh yang sama.
Menurut Bandai Namco, versi pernambah-baikkan permainan tersebut akan menyertakan beberapa pernaik-tarafan dari segi visual seperti kadar bingkai sesaat sehingga 60FPS dan resolusi 4k.
Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch memfokuskan pengembaraan Oliver di mana beliau ingin menyelamat ibu beliau. Di dalam pengembaraan tersebut, beliau akan menemui pelbagai jenis watak dan ditemani dengan Wizard’s Companian dan Drippy, Oliver akan menempuhi pelbagai cabaran yang pasti memberi satu pengembaraan yang menarik buat pemain.
Bagi anda yang meminati siri permainan bergenre JRPG, kami sendiri di Aksiz amat mengesyorkan anda untuk mendapatkan permainan ini di mana ianya adalah salah satu JRPG yang sangat menarik sekali oleh Level-5.