Informasi Permainan Video Terkini
18 Permainan Lain Yang Diumumkan Untuk Nintendo Switch Di Nintendo Direct E3

18 Permainan Lain Yang Diumumkan Untuk Nintendo Switch Di Nintendo Direct E3

Diterbitkan pada June 12, 2019 oleh .

Ketika acara Nintendo Direct bersempena E3, selain mengumumkan permainan-permainan utama, mereka juga adalah berkongsi beberapa permainan lain yang akan tiba untuk konsol hibrid mereka melalui satu ‘highlight reel‘.

Berikut adalah antara permainan-permainan lain yang diumumkan melaluinya;

Spyro Reignited Trilogy

Spyro Reignited Trilogy sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada tahun lepas, melalui Nintendo Direct ini, permainan tersebut kini disahkan akan tiba untuk Switch dan juga PC pada 3 September 2019.

Hollow Knight Silksong

Hollow Knight Silksong sudah diumumkan sebelum ini dan ia merupakan sekuel kepada Hollow Knight yang dikeluarkan pada tahun 2017. Pengumuman terbaru ini tidak menyatakan sebarang tarikh pengeluaran tetapi hanya menyatakan ia “akan datang”.

Ni No Kuni Wrath of the White Witch

Ni No Kuni Wrath of the White Witch merupakan permainan pertama untuk siri ini yang dikeluarkan pada tahun 2010. Bagi konsol PlayStation 4 dan Xbox One versi Remastered akan dikeluarkan manakala untuk Switch, ia akan menerima versi asal. Permainan ini akan tiba pada 20 September 2019.

Minecraft Dungeons

Minecraft Dungeons sudah diumumkan di acara E3 Microsoft/Xbox, ia juga akan dikeluarkan untuk Switch. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan berdasarkan Minecraft. Minecraft Dungeons akan dikeluarkan pada suku kedua 2020.

The Sinking City

The Sinking City adalah permainan aksi pengembaraan seram yang dibangunkan oleh Frogware. Ia adalah berdasarkan penceritaan oleh H.P. Lovecraft. Permainan ini akan dikeluarkan pada 27 Jun 2019 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC manakala untuk Switch akan dikeluarkan pada suku terakhir tahun ini.

Dead by Daylight

Dead by Daylight sudah diumumkan untuk Switch di acara Direct Februari lepas, namun untuk kali ini, tarikh pengeluaran akhirnya dikongsikan iaitu pada 24 September 2019. Ia merupakan permainan ketahanan hidup seram yang sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC.

Alien Isolation

Alien Isolation merupakan permainan seram ketahanan hidup berdasarkan siri Alien yang dibangunkan oleh Creative Assembly dan diterbitkan oleh SEGA. Ia sudah dikeluarkan untuk konsol generasi ini dan lepas pada tahun 2014. Mankala untuk versi Switch, setakat ini ia hanya diumumkan akan tiba pada tahun ini.

Stranger Things 3: The Game

Stranger Things 3: The Game merupakan permainan aksi isometrik yang dibangunkan oleh Netflix bersama dengan BonuxEXP. Ia sudah diumumkan pada akhir tahun lepas, tetapi kini tarikh pengeluaran akhirnya diumumkan iaitu pada 4 Julai 2019. Ia juga akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.

Catan

Catan merupakan permainan tabletop berdasarkan The Settlers of Catan yang dibangunkan oleh Magic Pockets dan Torus Games. Ia akan dikeluarkan 20 Jun 2019.

New Super Lucky’s Tale

New Super Lucky’s Tale merupakan permainan Super Lucky’s Tale yang dikeluarkan pada tahun 2017 untuk Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan platformer yang dibangunkan oleh Playful Corp. Versi Switch akan dikeluarkan pada suku akhir tahun ini.

Dauntless

Dauntless merupakan permainan aksi pengembaraan dalam talian yang boleh dimainkan secara percuma. Ia boleh dikatkan sebagai permainan Monter Hunter yang lebih kasual. Versi PlayStation 4, Xbox One dan PC sudah dikeluarkan, manakala untuk Switch ia dikatakan tiba pada akhir tahun ini.

Selain itu, terdapat juga beberapa permainan yang sudah diumumkan sebelum ini iaitu;

Bagi anda yang ingin membaca lanjut mengenai pengumuman lain yang dilakukan oleh Nintendo ketika Direct khas E3 anda boleh lakukannya menggunakan pautan kami sertakan di bawah.


TIPS & ULASAN