Jika anda inginkan kejutan semasa E3, kami menasihatkan anda untuk tidak membaca laporan ini, kerana ia adalah mengenai tiga permainan yang tidak diumumkan sebelum ini tetapi telah tertiris sebelum Bandai Namco mengumumkannya secara rasmi.

Tirisan ini adalah berlaku daripada laman rasmi Bandai Namco sendiri akan tetapi ia bukan sesuatu yang disengajakan.

Tiga permainan tersebut adalah permainan Tales baharu iaitu Tales of Arise, Elden Ring dan Ni No Kuni: Wrath of the White Witch versi Remastered.

Siri Tales terakhir yang dikeluarkan adalah Tales of Berseria iaitu pada tahun 2016. Permainan baharu Tales of Arise akan meneruskan siri ini untuk dunia dan penceritaan baharu Permainan ini akan menyertakan watak baharu, sistem pertempuran yang dikemaskini tetapi terus mengekalkan mekanik bentuk permainan yang sama.

Manakala Elden Ring pula merupakan permainan yang dibangunkan oleh From Software bersama dengan penulis Game of Thrones iaitu George R.R Martin. Kolaborasi ini sebelum ini sudah tertiris melalui buku penulisan George Martin sendiri. Ia merupakan permainan aksi RPG di dalam dunia yang dicipta oleh Hidetaka Miyazaki iaitu pereka Dark Souls.

Permainan seterusnya adalah Ni No Kuni: Wrath of the White Witch yang merupakan permainan pertama untuk siri ini. Berdasarkan tirisan ini, permainan ini akan menerima versi Remastered untuk Playstation 4 dan PC. Manakala Switch akan menerima versi asal permainan tersebut.

Bagi pengikut siri Tales of, ini merupakan satu berita yang baik. Manakala penggemar Dark Soul juga mungkin akan berpuas hati dengan permainan baharu oleh From Software tambahan menerima sentuhan penulis terkenal. Manakala, Ni No Kuni, ia bukanlah versi terbaik tetapi jika anda ingin mencari permainan alternatif untuk Pokemon ini adalah antara yang baik.

Sohor Kini