Ketika acara Nintendo Direct E3 2019 yang berlangsung hari ini, Nintendo akhirnya mengumukan 2 watak DLC Fighter Pass seterusnya buat permainan Super Smash Bros. Ultimate selepas Joker dari Persona 5.

Dua watak DLC tersebut adalah ‘Hero’ dari siri Dragon Quest dan juga watak Banjoo Kazooie. Menurut Nintendo, kedua-dua watak tersebut bakal tiba tahun ini bermula dengan ‘Hero’ dari siri Dragon Quest, kemudiannya watak Banjoo Kazooie.

Watak ‘Hero’ dari siri Dragon Quest yang diperlihatkan adalah daripada Dragon Quest XI: Echoes Of An Elusive Age. Seperti watak DLC Fighter Pass sebelum ini, watak ini juga akan disertakan bersama lokasi khas berdasarkan permain asalnya.

Menariknya, selain daripada watak Hero dari Dragon Quest XI, Nintendo juga memperlihatkan watak-watak Hero dari siri Dragon Quest lain di mana kesemua mereka adalah bentuk kostum berbeza buat watak tersebut. Ini sekaligus membuatkan watak Hero tersebut akan mempunyai 4 kostum berbeza berdasarkan siri Dragon Quest iaitu:

  • Dragon Quest XI: Echoes of an Elusive Age
  • Dragon Quest III: The Seeds Of Salvation
  • Dragon Quest IV: Chapters Of The Chosen
  • Dragon Quest VIII: Journey Of The Cursed King

Selain itu, kuasa Smash akhir buat watak tersebut juga memperlihatkan pelbagai lagi watak Dragon Quest siri lain dengan serangan yang berkuasa. Menurut Nintendo, watak ini akan tiba sekitar suku ke-2 tahun ini, sekaligus ianya mungkin akan tiba dalam masa terdekat ini.

Watak seterusnya yang diumumkan adalah watak Banjo Kazooie yang mana ianya adalah berdasarkan siri permainan Banjoo Kazooie yang dilancarkan di konsol Nintendo 64. Siri tersebut kemudiannya dilancarkan di Xbox 360 oleh Microsoft.

Ini sekaligus mengesahkan yang mana Microsoft dan Nintendo bekerjasama untuk membawa watak tersebut di dalam permainan Super Smash Bros. Ultimate.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaan watak tersebut masih belum diumumkan dan menurut Nintendo ianya bakal dilancarkan sekitar suku ke-3 tahun ini.

Super Smash Bros. Ultimate telah pun dilancarkan di konsol Switch yang mana ianya adalah permainan perlawanan yang memfokuskan pelbagai jenis watak-watak terdiri daripada watak dari Nintendo dan pelbagai francais lain.

Kami juga sebelum ini berkongsi berkenaan kenapa permainan ini merupakan satu permainan perlawanan yang menarik untuk yang tidak gemar permainan bergenre demikian.

Sohor Kini