Informasi Permainan Video Terkini
Joker Dan Stage Builder Akan Tiba Ke Super Smash Bros. Ultimate Esok

Joker Dan Stage Builder Akan Tiba Ke Super Smash Bros. Ultimate Esok

Diterbitkan pada Apr 17, 2019 oleh .

Nintendo hari ini mengumumkan kemaskini 3.0 untuk permainan pertempuran mereka iaitu Super Smash Bros. Ultimate. Melaluinya, permainan tersebut akan menerima watak dan juga beberapa fungsi baharu.

Watak baharu yang akan tiba adalah Joker daripada permainan Persona 5 yang merupakan watak DLC pertama. Pemain yang membeli pas watak ataupun pas semusim boleh mula menggunakan watak tersebut apabila kemaskini itu dikeluarkan esok.

Selain watak, Nintendo juga menambah pentas berdasarkan Mementos daripada Persona 5. 11 lagu daripada Persona 3, Persona 4 dan Persona 5 turut disertakan, menariknya pentas akan berubah warna mengikut lagu-lagu yang dimainkan.

Selain itu, kemaskini ini juga akan menyertakan Stage Builder yang telah tertiris sebelum ini. Fungsi ini membolehkan pemain mereka pentas sendiri dan menariknya dapat berkongsi ataupun memuat turun dengan pemain-pemain lain.

Satu lagi penambahan adalah Video Editor yang membolehkan pemain menyunting video ulangan yang dirakam semasa bermain. Menurut Nintendo video ulangan yang dirakam sebelum kemaskini tidak menyokong Video Editor, hanya video ulangan baharu sahaja boleh digunakan.

Bacaan Lanjut: 4 Sebab Mengapa Super Smash Bros Ultimate Unik Berbanding Permainan Perlawanan Lain


TIPS & ULASAN