Skip to main content

Ketika acara persidangan Square-Enix, mereka berkongsi sebilangan informasi lanjut berkenaan permainan Final Fantasy VII Remake di mana sebelum ini tarikh pelancarannya sudah pun diumumkan iaitu ia bakal tiba pada 3 Mac 2020 ini.

Terkini, melalui persidangan Square-Enix buat acara E3 2019, Square-Enix akhirnya memperlihatkan bentuk pertempuran permainan tersebut disamping watak Tifa Lockhart akhirnya dilihatkan bersama-sama dengan bentuk permainan beliau.

Bentuk permainan Final Fantasy VII Remake akan memfokuskan secara hibrid di mana ianya dicampur antara aksi dan bentuk strategi. Melaluinya, Square-Enix memperkenalkan sistem taktikal khas yang membenarkan pemain untuk memperlahankan masa untuk memilih sebarang bentuk serangan mahupun tindakan lain.

Dari segi bentuk serangan, pemain berupaya untuk memilih sebilangan dan kemahiran berbeza mengikut watak. Menariknya, pemain juga berupaya untuk menukar watak secara terus dan pemain juga perlu bijak memilih waktu dan saat untuk menukar watak, terutamanya jika terdapat watak yang ditangkap ataupun diserang oleh musuh.

Final Fantasy VII Remake akan memfokuskan dunia yang sangat meluas, sekaligus menurut Square-Enix, mereka akan melancarkan versi fizikal permainan ini dengan dua cakera bluray, di mana 1 cakera sahaja akan menyertakan kandungan keseluruhan buat bandar Midgar. Sememangnya permainan ini akan dilancarkan secara berepisod, namun buat masa ini informasi berkenaan jumlah episod atau bahagian masih belum diumumkan.

Bersempena dengan pengumuman ini, Square-Enix juga mengumumkan sebilangan edisi terhad yang bakal dilancarkan secara bersama.

Dari segi harga rasmi buat pasaran Malaysia berkenaan edisi-edisi permainan yang diumumkan. Kami pasti akan mengemaskini setelah ianya diumumkan secara rasmi kelak.

Final Fantasy VII Remake akan dilancarkan Mac 2020 ini khas di konsol Playstation 4.

Leave a Reply