Skip to main content

Setelah lebih empat tahun, penantian untuk Final Fantasy VII Remake akan berakhir tahun hadapan. Square Enix sebentar tadi melancarkan trailer terkini untuk RPG yang amat dinantikan ramai pengguna. Di akhir trailer ini tarikh pelancarannya disahkan pada 3 Mac 2020 untuk PlayStation 4.

Pengumuman mengejut ini sungguh tidak dijangka kerana acara khusus E3 Square Enix sebenarnya dijadualkan esok. Setakat ini maklumat yang diketahui ialah FF VII akan dilancarkan secara berepisod. Tiba masanya untuk menikmati antara RPG paling ikonik pernah dihasilkan dalam sejarah permainan video. Adakah anda sudah bersedia untuk kembali menentang Shinra dan Sephiroth?

Leave a Reply