Ubisoft Umum Servis Langganan UPLAY+ Buat PC Dan Stadia

Ketika acara persidangan Ubisoft buat E3 2019 yang berlangsung hari ini, Ubisoft mengumumkan servis langganan UPLAY+ khas di mana ianya adalah seakan langganan permainan seperti EA Access seperti yang diura-urakan sebelum ini.

Melaluinya, pemain berupaya untuk bermain lebih dari 100 permainan keluaran Ubisoft dengan harga langganan sebanyak $14.99(~RM63) sebulan. Menariknya, langganan tersebut juga akan membenarkan pemain untuk bermain permainan Ubisoft terkini seperti Ghost Recon Breakpoint yang bakal tiba Oktober ini.

Menurut Ubisoft, servis langganan tersebut bakal tiba September 2019 ini buat pengguna PC. Mereka juga menyatakan UPLAY+ juga bakal tiba di Stadia pada awal 2020 ini.

Bagi anda yang berminat, dukacitanya pendaftaran UPLAY+ masih belum dibuka buat pasaran Malaysia. Anda juga boleh mengetahui informasi lanjut berkenaannya di laman rasmi UPLAY+.

Sohor Kini