Selain penstriman permainan video, perkhidmatan langganan juga menjadi ikutan di dalam industri permainan video. EA mempunyai EA Access mereka manakala Xbox mempunyai Xbox Game Pass.

Modus operandi perkhidmatan langganan tersebut adalah pemain membayar secara bulanan ataupun tahunan dan dapat mengakses pelbagai permainan termasuk juga permainan baru dikeluarkan.
Berdasarkan penyenaraian di Ubisoft Store (yang kemudiannya dibuang) Ubisoft tampaknya bakal memperkenalkan perkhidmatan yang sama yang digelar sebagai Ubisoft Pass Premium.
Jika benar perkhidmatan ini akan ditawarkan, tidak lama lagi industri permainan video juga akan mempunyai pilihan/masalah seperti industri filem dan siri TV iaitu terdapat terlalu banyak perkhidmatan langganan yang berlainan.
Buat masa ini Ubisoft tidak mengeluarkan sebarang pengesahan, adakah ia disimpan untuk E3 kelak?