Informasi Permainan Video Terkini
Elden Ring Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Kolaborasi Antara From Software Dan George R.R. Martin
PC

Elden Ring Diumumkan Secara Rasmi – Permainan Kolaborasi Antara From Software Dan George R.R. Martin

Diterbitkan pada June 10, 2019 oleh .

Lanjutan daripada laporan kami berkenaan permainan hasil kolaborasi antara pembangun siri Dark Souls dan penulis Game Of Thrones dan juga tertirisnya permainan Elden Ring sebelum ini, ketika acara persidangan Xbox yang berlangsung hari ini, Bandai Namco akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan tersebut.

Menariknya, seperti yang diperkatakan kami di atas, permainan ini adalah hasil kolaborasi antara Hidetaka Miyazaki dari From Software dan George R.R. Martin. Hidetaka Miyazaki terkenal dengan siri permainan Dark Souls, Bloodborne dan Sekiro: Shadows Die Twice, manakala George R.R. Martin pula terkenal sebagai penulis novel fantasi terkenal A Song Of Ice and Fire, Game Of Thrones.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan buat masa ini ianya disahkan adalah permainan aksi RPG pengembaraan yang bakal tiba di konsol Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Kami pasti akan kongsikan sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN