Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan seterusnya Watch Dogs iaitu Watch Dogs Legion tertiris di laman Amazon. Kini tampaknya, Ubisoft akhirnya mengumumkan secara rasmi melalui akaun Twitter mereka.
Tampaknya, permainan Watch Dogs seterusnya sememangnya akan dinamakan Watch Dogs Legion. Buat masa ini, tidak banyak informasi yang diumumkan dan apa yang diacahkan oleh Ubisoft kelihatan hanyalah satu video yang memaparkan logo Watch Dogs sahaja.
Sebelum ini kami melaporkan yang mana permainan Watch Dogs Legion tersebut bakal memfokuskan tempat dan lokasi di London. Walaubagaimana pun, buat masa ini Ubisoft masih belum mengumumkannya secara rasmi dan menurut mereka, informasi lanjut akan dikongsikan ketika acara E3 2019 ini.
Sama-sama kita nantikan pengumuman Ubisoft secara rasmi menjelang minggu hadapan.


