Amazon UK hari ini telah menyenaraikan permainan baharu untuk siri permainan Watch Dogs oleh Ubisoft iaitu Watch Dogs Legion. Penyenaraian ini kemudiannya disahkan oleh Kotaku yang mendengar informasi dalaman mengenai permainan ini.

Watch Dogs Legion dikatakan akan berlaku di London, satu perkara yang menarik mengenai permainan ini adalah pemain boleh bermain sebagai kesemua watak yang terdapat di dalam permainan ini termasuk juga NPC.
Kami tidak pasti jika pemain boleh mengawal tetapi mungkin boleh mengikut setiap watak dengan meletakkan kamera sulit ke badan NPC tersebut, yang bagi kami tetap menarik.
Menurut Kotaku, perkara tersebut juga adalah seperti yang didengari oleh mereka dan telah mencetus pelbagai masalah kepada pembangun yang mungkin akan menyebabkan permainan tersebut tertunda.