Shenmue III merupakan antara pengumuman mengejut yang dilakukan oleh Sony semasa persidangan E3 mereka pada tahun 2015 selain daripada Final Fantasy 7 Remake.

Sama seperti permainan daripada Square Enix tersebut, Shenmue III juga masih tidak dikeluarkan lagi. Deep Silver yang menjadi penerbit permainan ini sebelum ini menunda daripada tahun 2018 ke tahun 2019.

Mereka kemudiannya mengumumkan yang ia akan tiba pada 27 Ogos 2019. Hari ini, Deep Silver melalui penulisan di laman Kickstarter mengumumkan yang permainan tersebut tertunda sekali lagi ke 19 November 2019 iaitu lebih kurang 3 bulan.

Menurut mereka lagi, walaupun permainan tersebut sudah hampir selesai akan tetapi ia memerlukan sedikit penghalusan untuk meningkatkan prestasi permainan.

Shenmue III akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini