Shenmue III merupakan permainan sekuel kepada Shenmue II yang dikeluarkan pada tahun 2001 lepas di konsol Dreamcast. Ia asalnya diumumkan pada 2016 lepas dan dibiayasama melalui Kickstarter oleh peminat.
Pada Mei tahun ini, Deep Silver iaitu penerbit permainan ini mengumumkan Shenmue III tertunda dan akan dikeluarkan pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 seperti perancangan awal.
Hari ini, ketika Gamescom 2019, mereka memperlihatkan trailer baharu untuk permainan ini bersama dengan tarikh pengeluaran baharu iaitu pada 27 Ogos 2019.
Anda perlu menunggu lebih setahun sebelum ia dikeluarkan, jika tidak ditunda sekali lagi. Namun, mungkin ini boleh memberikan anda peluang untuk bermain terlebih dahulu Shenmue I dan Shenmue II yang kini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.