Skip to main content

Sony melalui acara dalaman mereka berkongsi maklumat lanjut mengenai konsol generasi baharu (buat masa ini tidak menerima nama rasmi lagi). Video tersebut dikongsi kan oleh wartawan teknologi untuk The Wall Street Journal Takashi Mochizuki melalui kicauan di akaun Twitter beliau.

Video tersebut memperlihatkan bagaimana pemuatan untuk konsol generasi baharu hanya mengambil 0.83 saat sahaja manakala PS4 Pro mengambil masa 8 saat.

Video tersebut juga memperlihatkan PS4 Pro mempunyai selar masa apabila memasuki kawasan baharu yang tidak berlaku untuk konsol generasi baharu.

Perkara ini adalah seperti perkongsian yang dilakukan oleh ketua arkitek untuk konsol tersebut Mark Cerny pada April lepas yang mengatakan konsol generasi baharu akan jauh lebih pantas terutama dari segi pemuatan kerana menggunakan storan jenis SSD.

Leave a Reply