Agents of SHIELD musim keenam adalah siri TV MCU yang ramai peminat nanti-nantikan. Apa yang menarik dengan siri TV ini adalah ia mempunyai hubungan yang rapat dengan filem-filem MCU. Video acah baharu yang diterbitkan ABC Studios telah mempertontonkan aksi ganas watak Phil Coulson.

https://youtu.be/byQWZLqgyys

Banyak perkara yang mengejutkan dalam siri TV ini. Lebih-lebih lagi musim keenam ini, di mana Phil Coulson yang disangkakan mati kembali hidup dan telah menjadi watak yang jahat dan ganas. Bukan itu sahaja, Marvel turut mengumumkan yang Clark Gregg tidak lagi memainkan watak Phil Coulson – tetapi ‘Sarge. Siapakah ‘Sarge’ ini, adakah beliau sejenis LMD (robot) atau klon?

Dalam video acah ini, ia turut memperlihatkan tiga watak baru. Malachi (pembunuh upahan dari palnet asing),
Dr. Marcus Benson (seorang profesor) dan juga Izel (askar upahan dari galaksi lain). Pengenalan tiga watak baharu ini pasti akan menjadikan musim keenam siri TV Marvel ini hebat.

Cuma yang menjadi tanda tanya adalah latar masa siri TV ini. Adakah ia akan berada semasa atau selepas Infinity War atau juga mungkin sebelum Endgame? Apakah pendapat anda? Sama-sama kita nantikan 10 Mei ini.

Sohor Kini