Informasi Permainan Video Terkini
Clark Gregg Adalah ‘Sarge’ Dan Bukan Lagi Phil Coulson Dalam Agents of S.H.I.E.L.D – Apa Yang Telah Terjadi?

Clark Gregg Adalah ‘Sarge’ Dan Bukan Lagi Phil Coulson Dalam Agents of S.H.I.E.L.D – Apa Yang Telah Terjadi?

Diterbitkan pada Apr 12, 2019 oleh .

Agents of S.H.I.E.L.D adalah siri TV yang paling berkait rapat dengan filem-filem MCU. Musim terakhir, nasib watak utama siri TV ini iaitu Phil Coulson adalah malang. Beliau boleh dikatakan telah ‘mati. Namun, dalam video acah untuk musim terbaru – beliau telah kembali hidup dan dilihat mungkin menjadi jahat.

Apa yang telah terjadi sebenarnya masih menjadi tanda tanya. Adalah Phil Coulson dalam musim terbaru siri TV ini sebuah LMD (robot) atau klon atau disebaliknya? Terkini, Marvel telah menerbitkan poster-poster rasmi setiap watak utama buat musim keenam ini. Tema poster-poster ini adalah berdasarkan warna setiap Infinty Stone. Adakah mereka akan mainkan peranan dalam End Game? Tetapi paling menarik adalah, watak lakonan Clark Gregg dalam siri TV ini Marvel nyatakan beliau bukan lagi Phil Coulson tetapi adalah ‘Sarge’. Siapakah Sarge ini?

Jelas sekali, watak Clark Cregg kali ini adalah lain daripada yang lain dan unik. Sebelum ini, Clark pernah mengacah akan watak beliau – namun masih kekal misteri. Adakah Sarge ini jahat, atau hanya baik tetapi ganas.

Agents of S.H.I.E.L.D musim keenam akan disiarkan di ABC pada 10 Mei ini.


TIPS & ULASAN