SEGAAAAAAAA!! Ini ialah bunyi indah yang menerjah rongga telinga setiap kali SEGA Genesis dihidupkan. Secara peribadi ini ialah konsol SEGA yang paling saya sayangi kerana katalog permainan videonya yang amat banyak jatuh ke dalam kategori klasik. Hari ini pihak SEGA berkongsi senarai 10 lagi permainan yang akan disertakan dengan setiap pembelian Genesis Mini pada 19 September 2019 hadapan.

Permainan legenda Sonic The Hedgehog 2 dan Street Of Rage 2 (Bare Knuckle 2) akhirnya disahkan. Senarai lengkap 10 permainan baharu mengikut pasaran adalah seperti di bawah. Ini meningkatkan jumlah permainan yang disahkan kepada 20. Terdapat baki 20 lagi permainan akan disahkan semakin hampir kepada tarikh pelancaran.

Senarai Permainan Pasaran Barat

  • Castle of Illusion Starring Mickey Mouse
  • Contra: Hard Corps
  • Earthworm Jim
  • Landstalker
  • Shinobi III: Return of the Ninja
  • Sonic the Hedgehog 2
  • Streets of Rage 2
  • Super Fantasy Zone
  • Thunder Force III
  • World of Illusion Starring Mickey Mouse & Donald Duck

Senarai Permainan Untuk Pasaran Jepun

  • Contra Hard Corp
  • Dyna Brothers 2: Sega Channel Specia
  • Game no Kanzume Otokuy
  • The Hybrid Fron
  • Landstalke
  • MUSH
  • Streets of Rage
  • Super Fantasy Zon
  • Thunder Force II
  • World of Illusion Starring Mickey Mouse & Donald Duck

Sohor Kini