Capcom hari ini telah mempertontonkan trailer pengenalan untuk permainan Dragon Dogma: Dark Arisen, Capcom mengatakan permainan ini bakal hadir untuk konsol PlayStation 4 dan juga Xbox One.

Dragon Dogma: Dark Arisen sebelum ini telah dilancarkan untuk PC pada tahun lepas, dan setelah dinantikan sekian lama, akhirnya kini ia akan hadir ke konsol utama. Ia merupakan permainan pernambah-baikkan dari PS3 dan Xbox 360 pada tahun 2013 lepas. Kini ia hadir dengan lebih banyak pernambahan kawasan, kesemua DLC, kelengkapan baru dan sebagainya. Dragon Dogma : Dark Arisen bakal dilancarkan di Jepun pada 5 Oktober ini dan pada peringkat global pada tahun ini.

Dragon Dogma adalah permainan aksi dunia terbuka yang diarah oleh Hideaki Itsuno, iaitu beliau terkenal dengan siri Devil May Cry.

Sohor Kini