Filem Hellboy yang akan datang adalah filem olahan semula dan tidak berkait dengan filem Hellboy lama yang dilakonkan oleh Ron Perlman. Hellboy kali ini dilakonkan oleh David Harbour yang terkenal dengan Stranger Things. Selain daripada itu, musuh dalam filem ini adalah Blood Queen yang dilakonkan oleh Milla Jovovich yang ramai kenal beliau dalam filem Resident Evil.

Pada video acah lepas, Blood Queen sudah pun diperlihatkan tetapi tidak begitu jelas dan hanya sekali imbas. Hari ini, Twitter rasmi Hellboy telah mengicau beberapa gambar baru yang lebih jelas. Blood Queen atau nama lain beliau adalah Nimue/the Lady of the Lake adalah ahli sihir paling berkuasa dan sukar untuk mati. Dalam dunia Hellboy, Nimue adalah ketua sihir menggantikan Hellboy yang menolak tawaran selepas mengalahkan sihir bernama Hecate.

Filem Hellboy adalah berdasarkan komik Dark Horse Comic yang turut menghasilkan The Umbrella Academy. Filem ini akan ditayangkan pada 12 April kelak. Untuk ketahui jalan cerita filem ini, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini