Skip to main content

Tahun lepas, video acah pertama buat filem olahan semula Hellboy telah diperlihatkan. Hellboy kali ini dilakonkan oleh David Harbour yang terkenal dalam Stranger Things. Hari ini, video acah baru telah diterbitkan dan ia kelihatan lebih ganas dan lucu.

Filem ini sudah disahkan akan dikelaskan sebagai R iaitu untuk tontonan 16 tahun ke atas atau di Malaysia adalah 18 tahun ke atas. Video acah baru kita boleh saksikan, bagaimana pasukan Nazi menyeru makhluk bernama Anung Un Rama ini. Kemudian, turut kelihatan adalah aksi bunuh membunuh dengan percikan datah yang agak ekstrem.

Mengejutkan, penjahat utama filem ini turut diperlihatkan. Beliau adalah
Nimue the Blood Queen dan dilakonkan oleh Milla Jovovich yang terkenal dalam filem Resident Evil. Filem ini akan ditayangkan pada 12 April kelak, sama-sama kita saksikan.

Leave a Reply