Berita mengenai Ben Affleck tidak lagi terlibat dengan filem DCEU sudah pun kedengaran. Ben Affleck tidak lagi akan berlakon sebagai Batman atau Bruce Wayne dalam filem Batman akan datang. Baru-baru ini, Ben Affleck telah mengesahkan sedikit informasi mengenai filem The Batman.
The Batman adalah filem Batman baru yang akan ditayangkan pada tahun 2021. Ben Affleck pada awalnya ingin terus menjadi Batman dalam filem ini, tetapi disebabkan personaliti dan watak Batman untuk filem ini adalah berbeza, ia membuatkan Ben Affleck tidak boleh membawa watak ini. Dalam temu ramah filem Triple Frontier lakonan Ben Affleck – beliau mengesahkan yang The Batman adalah kisah Bruce Wayne muda dan kisah mengenai Batman yang baru sahaja mula menjadi seorang adiwira.
Disebabkan filem pada asalnya akan dilakonkan oleh Ben Affleck, ada kemungkinan filem ini akan berada dalam dunia yang sama dengan filem DCEU lain. Ben Affleck bukanlah pelakon filem DCEU pertama yang tinggalkan dunia lakonan DC, Will Smith turut tidak lagi akan berlakon sebagai Deadshot untuk filem Suicide Squad.