Skip to main content

Suicide Squad adalah filem mengenai satu pasukan penjahat yang menjadi adiwira. Pasukan ini membantu satu organisasi khas ARGUS, jika ahli-ahli pasukan ini ingkar arahan – bom yang ditanam dalam kepala masing-masing akan diletupkan.

Filem Suicide Squad yang pertama ditayangkan tiga tahun lepas. Filem ini mengumpulkan pelakon-pelakon hebat seperti; Will Smith (Deadshot). Margot Robbie (Harley Quinn), Jared Leto (Joker), Cara Delevingne (Enchantress), Joel Kinnaman (Rick Flag), Viola Davis (Amanda Waller) dan banyak lagi. Filem ini tamat dengan Enchantress yang tewas dan kematian El Diablo. Sekuel filem ini masih menjadi tanda tanya.

Sekuel filem ini dijadualkan pada Ogos 2021. Berita sedih mengenai filem ini, Will Smith tidak akan terlibat dalam sekuel ini. Jadi, adakah ini bermakna Deadshot tidak akan muncul dalam Suicide Squad 2? Adakah akan ada pelakon yang bakal gantikan Will Smith? Tetapi, ini baru sahaja berita mengenai Will Smith. Berita mengenai pelakon lain juga masih menjadi tanda tanya. Adakah yang lain akan kembali atau akan ada pasukan Suicide Squad baru. Laporan awal mengatakan James Gunn yang akan arahkan filem ini dan Suicide Squad 2 adalah gabungan sekuel dan olahan semula.

Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply