Pokémon: The First Movie – Mewtwo Strikes Back adalah filem animasi Pokémon yang ditayangkan pada tahun 1998. Sambutan filem ini agak hebat dan digemari oleh ramai peminat Pokémon. Awal Januari lepas, Pokémon mengumumkan yang filem ini akan diolah semula dalam bentuk animasi 3D dan video acah turut diperlihatkan.

Video acah terbaru telah diterbitkan hari ini dan ia telah memperlihatkan beberapa adegan menarik. Format animasi ini kelihatan berbeza dengan animasi 3D lain. Ini adalah kerana, elemen 2D itu masih kelihatan lagi. Ia boleh dikatakan animasi 3D seperti dalam sesebuah permainan video. Watak-watak Ash, Misty, Brock dan Pikachu turut kelihatan. Bagi yang tidak tahu, filem ini juga merupakan filem animasi 3D pertama yang pernah
Pokémon hasilkan
.

Bagi yang ingin mengimbau kenangan zaman kanak-kanak suatu masa dahulu – filem ini pasti akan buat anda tersenyum kerana dapat saksikan semula dalam panggung untuk pengalaman lebih imersif. Ia akan ditayangkan di Jepun pada 12 Julai ini, tiada informasi jika filem ini akan ditayangkan di Malaysia.

Sohor Kini