Filem pertama buat animasi Pokémon ditayangkan pada tahun 1998. Filem ini berjudul Pokémon: The First Movie – Mewtwo Strikes Back. Filem ini mengisahkan spesis baru Pokémon yang dihasilkan oleh seorang saintis, tetapi hasilnya membawa padah.
Sudah 21 tahun umur filem ini dan tahun ini, filem ini akan diolah semula dalam bentuk animasi 3D. Sewaktu filem ini mula ditayangkan pada tahun 1998, ia mendapat perhatian ramai dan peminat-peminat Pokémon beratur panjang untuk saksikan filem ini. Beberapa hari lepas, video acah diterbitkan oleh saluran YouTube rasmi Pokémon dan ia memperlihatkan peminat beratur panjang untuk saksikan filem ini pada 1998. Kemudian terdapat ayat ‘The Legend is Back‘ yang memberitahu filem ‘legenda’ ini kini kembali. Video acah ini diteruskan dengan Mew dan Mewto terbang di langit dan animasinya adalah dalam bentuk 3D.
Seorang peminat, @DogasusBackpack kongsi di Twitter perbandingan poster filem 1998 dengan filem olahan semula 2019. Ia tampak hebat dan peminat pasti tidak sabar untuk saksikan. Ia akan hadir ke pawagam pada Julai 2019 di Jepun dan tidak pasti jika ia akan hadir untuk tayangan Malaysia.

Sebelum ini, kita turut dikejutkan dengan video acah filem aksi nyata Pokémon. Ini kerana suara untuk watak Pokémon dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang terkenal dengan Deadpool.