Penganalisan Rakuten (dilaporkan oleh Kakuchopurei) Yasuo Imanaka mengatakan yang Playstation 5 tidak mungkin dikeluarkan sebelum Mac 2020, ada sedikit kemungkinan sebelum Mac 2021 dan kemungkinan lebih besar selepas Mac 2022 dengan masa terdekat adalah di antara April 2021 dan Mac 2022.

Menurut beliau beliau membuat andaian tersebut adalah disebabkan dengan pengumuman kehadiran Playstation 5 ia akan mencipta satu lembah untuk prestasi perniagaan permainan video buat Sony. Pemain akan kurang berbelanja untuk Playstation 4 dan pada masa sama ia akan mengambil masa untuk pemain beralih sepenuhnya ke Playstation 5.

Namun, pada pendapat kami, seperti yang kami bincangkan semasa jangkaan kami untuk Playstation 5, konsol generasi baharu tersebut akan diumumkan pada akhir tahun ini. Diperlihatkan semasa E3 tahun hadapan dan akan dikeluarkan pada akhir tahun 2020 iaitu lebih awal berbanding jangkaan penganalisa tersebut.

Kami berpendapat demikian kerana atas beberapa faktor, antaranya adalah konsol generasi baharu terutama Xbox dan Playstation akan dikeluarkan dalam masa yang sama. Oleh disebabkan itu, Playstation walaupun ingin memanjangkan hayat Playstation 4 masih perlu memastikan mereka tidak terlalu ketinggalan berbanding konsol Microsoft.

Manakala Microsoft pula, mereka lebih mempunyai motivasi untuk beralih ke generasi baharu kerana Xbox One tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

Selain itu, dengan pelbagai ura-ura yang diperkatakan sebelum ini, Playstation 5 bakal hadir dengan fungsi keserasian belakang yang pada pendapat kami akan mengurangkan ‘kedalaman’ lembah seperti yang diperkatakan oleh Yasuo Imanaka. Dengan menyokong permain Playstation 4, ia akan lebih menggalakkan pemain untuk beralih ke generasi baharu.

Buat masa ini, kita hanya boleh membuat anggaran mengenai konsol generasi baharu, bagaimana dengan anda? Adakah ingin tahun hadapan ataupun lebih lambat?

Sohor Kini