Informasi Permainan Video Terkini
Playstation 5 Mungkin Bakal Tiba Dengan Fungsi Keserasian Belakang

Playstation 5 Mungkin Bakal Tiba Dengan Fungsi Keserasian Belakang

Diterbitkan pada Feb 4, 2019 oleh .

Baru-baru ini, Sony tampaknya mempatenkan satu fungsi keserasian belakang (Backward Compatibility) buat sistem konsol mereka. Paten tersebut akan membenarkan konsol tersebut mempunyai sistem sokongan permainan konsol lama di konsol baharu.

Sememangnya buat masa ini, dokumen tersebut tidaklah memperlihatkan senarai tepat untuk sokongan secara permainan fizikal mahupun digital.

Namun, ianya juga masih memperlihatkan yang mana paten tersebut akan menyokong dari permainan Playstation 1, Playstation 2, Playstation 3 dan juga Playstation 4 yang mana pasti akan menjadi sesuatu yang sangat dinantikan oleh semua pemain jika Sony meletakkan fungsi tersebut di Playstation 5 kelak.

Walaupun begitu, sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman oleh Sony dan sebelum ini kami juga berbincang berkenaan ramalan untuk konsol Playstation 5 dimana anda boleh menontonnya dibawah.


TIPS & ULASAN