Halo adalah siri permainan video yang menaikkan nama Xbox. Dalam Halo terdapat watak utama Master Chief dan pembantu maya beliau Cortana. Tahun lepas, Showtime dan Amblin Television dikatakan akan menerbit siri TV ini dan akan diarahkan oleh Rupert Wyatt. Amblin Televisions adalah syarikat milik Steven Spielberg.

Hari ini, laporan mengatakan Otto Bathurst akan menyertai Rupert Wyatt sebagai pengarah buat siri TV Halo ini. Otto Bathurst adalah pengarah buat episod pertama siri Black Mirror musim pertama dan juga filem Robin Hood tahun lepas. Laporan ini turut memfokuskan Showtime sahaja dan tiada apa-apa informasi mengenai penglibatan Amblin Television.

Otto akan mengarah beberapa episod siri TV ini dan akan terus menjadi penerbitnya. Showtime turut mengesahkan yang siri TV Halo ini hanya akan mempunyai sembilan episod dan bukannya 10. Tiada informasi lain mengenai siri TV ini, selain daripada rakamannya akan bermula tahun ini.

Sohor Kini