Siri TV Halo Akan Diterbitkan Oleh Showtime Dan Amblin Television

Siri permainan video yang menaikkan Xbox ialah Halo. Siri yang eksklusif pada konsol Xbox dan PC ini akan akhirnya muncul sebagai siri TV menerusi rangkaian Showtime. Pada waktu yang sama syarikat milik Steven Spielberg, Amblin Television turut terlibat dalam penghasilan siri sebanyak 10 episod ini.

Pihak Showtime mensasarkan produksi siri bermula pada tahun 2019. Setiap episod adalah sepanjang satu jam bakal menerima sentuhan dari Rupert Wyatt yang mengarahkan filem Rise of the Planet of the Apes. Amblin Television mempunyai pengalaman meluas menerbit siri fiksyen sains televisyen seperti Amazing Stories, Roswell, Terra Nova dan Minority Report.

Tiada maklumat sama ada siri Halo akan bermula dari awal karier awal Master Chief atau menjadi siri spin-off yang berkisar di dalam dunia manusia menentang anasir Convenant. Sebenarnya telah lama kami menantikan filem Halo tetapi dengan kegagalan demi kegagalan adaptasi permainan video ke filem, mungkin siri TV ialah jalan terbaik untuk Halo buat masa ini.

Sohor Kini