Informasi Permainan Video Terkini
Agents of S.H.I.E.L.D Musim Keenam Akan Hadir Pada Bulan Mei Ini

Agents of S.H.I.E.L.D Musim Keenam Akan Hadir Pada Bulan Mei Ini

Diterbitkan pada Feb 15, 2019 oleh .

Pada bulan Januari yang lepas, video acah buat Agents of S.H.I.E.L.D musim keenam telah dipertontonkan. Dalam video acah ini, kita lihat Phil Coulson telah kembali dan dia seolah adalah seorang yang jahat. Pasti peminat siri ini ternanti-nantikan bila ia akan ditayangkan untuk ketahui jalan ceritanya.

Semalam, sempena hari kekasih – Twitter rasmi @AgentsofSHIELD 
telah terbit satu video pendek yang memperlihatkan adegan cinta beberapa watak dari musim kelima. Penghujung video tersebut, ia memberitahu yang musim baru akan diteruskan pada bulan Mei ini.

Tidak pasti bila tarikh sebenar, tetapi bulan Mei adalah selepas Avengers: End Game ditayangkan dan laporan daripada comicbook.com mengatakan – musim keenam Agents of S.H.I.E.L.D berlaku setahun selepas musim kelima. Jadi, adakah ia berkait dengan Captain Marvel dan Acengers: End Game? Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN