Tahukah anda yang mana siri TV Agents of S.H.I.E.L.D (AoS) adalah siri TV Marvel pertama yang berkait dengan MCU? Ia memfokuskan ejen-ejen dari S.H.I.E.L.D. dan diketuai oleh Phil Coulson (lakonan Carl Gregg). Ya, dalam filem Avengers pertama belaiu ‘mati’ ditikam oleh Loki. Kemudian dalam AoS beliau hidup dengan memori yang samar-samar, kerana dihidupkan oleh Nick Fury menggunakan teknologi makhluk asing.

https://www.youtube.com/watch?v=qyveTC0C-40

Terkini, video acah untuk musim keenam telah tiba. Ia bersambung terus dari musim kelima dengan kisah pasukan Agents of S.H.I.E.L.D berada di angkasa bertempur dengan Kree. Dalam musim tersebut juga telah memperlihatkan mereka bermain dengan masa, kerana pasukan AoS berada di masa hadapan. Dalam musim lepas, Phil Coulson mati sekali lagi kerana virus makhluk asing. Tetapi dalam video acah ini, beliau kembali? Ia memperlihatkan Phil Coulson yang jahat.

Adakah Phil hidup kembali dengan teknologi makhluk asing dan memori beliau samar-samar? Atau itu hanya Life Model Decoy (LMD) yang diprogramkan oleh pihak musuh? Terdapat juga musuh-musuh lain dan nasib malang Fitz masih lagi kelihatan. Bagaimana musim ini akan berakhir? Siapkah Phil Coulson yang kembali? Sama-sama kita nantikan siaran musim keenam Agents of S.H.I.E.L.D tidak laman lagi.

Sohor Kini