Informasi Permainan Video Terkini
Apex Legends Kini Boleh Dimuat Turun Percuma Pada PC, PS4 Dan Xbox One
PC

Apex Legends Kini Boleh Dimuat Turun Percuma Pada PC, PS4 Dan Xbox One

Diterbitkan pada Feb 5, 2019 oleh .

Apex Legends, sebuah lagi permainan battle royale kini boleh dimainkan pada PC, PS4 dan Xbox. Tambah menarik ianya ditawarkan secara percuma dengan pembelian kotak tikam dijadikan sumber pendapatan oleh studio Respawn Entertainment yang membangunkan siri Titanfall. Apex Legends ialah permainan di dalam dunia Titanfall cuma tanpa robot gergasi Titan yang dikawal pemain dan pilihan lapan watak utama dengan pelbagai kelebihan berbeza.

Kewujudannya hanya diumumkan sehari lalu dan ia kini sudahpun mencecah 1Juta pemain walaupun hanya lapan jam dilancarkan. Ini disahkan sendiri oleh Vince Zampella yang merupakan CEO studio Respawn. Dengan pelancaran Apex Legends, dunia permainan atas talian battle royale semakin berkembang. Ia kini adalah genre yang amat popular bagi peminat permainan menembak pandang pertama. Sila ke pautan di bawah untuk memuat turun Apex Legends.

Muat turun Apex Legends dari PlayStation Network


Muat turun Apex Legends dari Xbox Marketplace


Muat turun Apex Legends dari Origin


TIPS & ULASAN