Skip to main content

Vince Zampella, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif untuk Respawn Entertainment hari ini menyatakan bahawa mereka akan mengumumkan permainan baharu berdasarkan dunia Titanfall, iaitu Apex Legends.

Menurut beliau, pengumuman tersebut bakal diadakan pada 12 pagi pada hari Selasa ini (Waktu Malaysia) yang mana mereka akan memperlihatkan permainan tersebut dan informasi lanjut berkenaannya.

Menurut laporan PC Gamer, permainan tersebut adalah permainan percuma berdasarkan dunia Titanfall dan ianya akan memfokuskan bentuk pertempuran royale sebanyak 60 pemain. Mereka juga melaporkan bahawa permainan tersebut akan memfokuskan sebilangan kelas watak berbeza yang mempunyai kemahiran berlainan seakan Overwatch ataupun Rainbow Six Siege.

Seperti biasa, kami di Aksiz pasti akan mengemaskini informasi lanjut berkenaan permainan tersebut setelah Respawn Entertainment mengumumkannya kelak.

Leave a Reply