Skip to main content

Sehingga hari ini sudah terdapat enam filem dalam francais Resident Evil. Setiap filem ini dilakonkan oleh Milla Jovovich dan adalah antara filem berasaskan permainan video dengan kutipan paling tinggi, iaitu mencecah $1.2 Bilion (~RM4.9 Bilion). Setiap filem ini dibangunkan oleh Constantin Film dan pada tahun 2016, Resident Evil – The Final Chapter adalah filem terakhir buat francais ini.

Constantin Film sudah lama merancang untuk hadir dengan filem olahan semula Resident Evil, bersama-sama dengan siri TV tersendiri. Terkini, mereka dilaporkan akan hadir dengan siri TV untuk siri Netflix Originals. Siri TV ini dikatakan akan berkaitan dengan francais filem, di mana adalah mengenai kerja-kerja jahat Umbrella Corporation dan dunia yang sudah tercemar dengan T-Virus. Elemen-elemen aksi Resident Evil akan terus dikekalkan termasuk rujukan-rujukan (easter eggs) Resident Evil.

Dengan kehangatan yang membara buat peminat Resident Evil melalui permainan video terkini Resident Evil 2 yang boleh dimainkan bermula hari ini. Harapnya, siri TV Resident Evil ini tidak akan membuat peminat permainan video kecewa – seperti yang berlaku pada francais filem.

Constantin Film dilaporkan sudah pun melantik Johannes Roberts untuk menulis dan mengarah siri TV Resident Evil ini. Johannes Roberts sebelum ini terkenal dengan filem beliau 47 Meters Down. Bila tarikh dan siapa pelakon siri TV Resident Evil ini masih belum diketahui, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply