Skip to main content

Capcom hari ini mempertonton video acah baharu sempena pelancaran Resident Evil 2 yang bakal tiba esok.

Melalui video acah tersebut, Capcom memperlihatkan sebilangan adegan yang terdapat di dalam permainan tersebut dimana terdapat pelbagai watak yang kembali seperti William Birkin, Ada Wong dan sebagainya.

Menariknya juga, Capcom juga memperlihatkan bentuk mod tambahan yang bakal mereka sediakan secara percuma iaitu mod The Ghost Survivor, The Tofu Survivor dan The 4th Survivor.

Ketiga-tiga mod tersebut sebelum ini Capcom telah pun mengumumkannya dimana ianya merupakan mod tambahan yang mana sebelum ini juga berada di dalam permainan asal Resident Evil 2. Namun bagi mod The Ghost Survivor, ianya merupakan mod baharu yang memperkenalkan tiga watak baharu.

Resident Evil 2 akan dikeluarkan pada 25 Januari 2019 di Playstation 4, Xbox One dan PC. Kami di Aksiz pasti akan mengulas permainan ini selepas ianya dilancarkan kelak.

Leave a Reply