Bandai Namco sebelum ini baru sahaja mengumumkan permainan baharu berdasarkan siri Dragon Ball iaitu Super Dragon Ball Heroes: World Mission. Hari ini, akaun Twitter Bandai Namco Eropah mengumumkan yang mereka memulakan projek baharu untuk permainan berdasarkan dunia Dragon Ball Z.
Projek tersebut buat masa ini menggunakan nama kod nama Project Z, dan berdasarkan gambar yang dikongsi, ia merupakan permainan yang bergenre aksi RPG. Namun tiada informasi lanjut yang dikongsikan.
Selain itu, mereka juga mengumumkan watak daripada Universe-11 turut akan disertakan di dalam permainan Dragon Ball FighterZ. Informasi lanjut mengenai watak tersebut akan dikongsikan semasa peringkat akhir Dragon Ball FigtherZ World Tour yang akan berlangsung pada 26 Januari 2019 sehingga 27 Januari 2019.
Kami sudah semestinya akan kemaskini apabila pengumuman lanjut dikeluarkan kelak.