Bandai Namco hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Dragon Ball baharu, iaitu Super Dragon Ball Heroes: World Mission di PC melalui Steam dan Switch yang mana mereka acahkan sebelum ini. Menariknya, permainan tersebut akan dilancarkan buat pasaran Malaysia pada 5 April 2019 ini.
Super Dragon Ball Heroes asalnya merupakan permainan arked kad yang dilancarkan di Jepun beberapa tahun lepas. Kini, tampaknya Bandai Namco akan membawa permainan tersebut buat pasaran global dengan mengembangkannya lagi dengan penceritaan yang lebih mendalam bersama-sama memperkenalkan watak baharu, iaitu Sealas, watak antagonis utama buat permainan ini.
Super Dragon Ball Heroes: World Mission akan meletakkan pemain di dalam bandar Hero Town, dimana pemain akan mengawal watak bernama Beat. Melaluinya, pemain akan mengembara dan bertempur untuk menyelematkan dunia tersebut daripada ancaman Sealas, bersama-sama dengan watak Dragon Ball yang lain.
Dari segi bentuk permainan, Bandai Namco menyatakan bahawa permianan ini akan memfokuskan bentuk pertempuran kad dimana pemain berupaya untuk menggunakan lebih dari 1000 jenis kad dan 350 watak pelawan.
Semenangnya ini merupakan permainan sampingan buat siri Dragon Ball dan buat masa ini informasi lanjut berkenaannya masih belum dikongsikan. Bagi peminat siri Dragon Ball, adakah anda berminat dengan permainan ini?