Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah Super Dragon Ball Heroes: World Mission Dipertontonkan – Permainan Kad Untuk Switch

Video Acah Super Dragon Ball Heroes: World Mission Dipertontonkan – Permainan Kad Untuk Switch

Diterbitkan pada Okt 30, 2018 oleh .

Semakin hari, semakin banyak permainan buat Nintendo Switch dihasilkan. Terbaru adalah daripada Bandai Namco dengan Super Dragon Ball Heroes: World Mission. Mereka baru sahaja mempertontonkan video acah melalui saluran YouTube.

Permainan Super Dragon Ball Heroes: World Mission ini adalah permainan pertempuran berasaskan kad. Pemain akan diberi sebanyak tujuh kad maksima dan terdapat sejumlah 1160 kad secara keseluruhan. Watak dalam permainan ini pula mempunyai sebanyak 350 watak. Permainan ini akan dilancarkan di Jepun bermula tahun hadapan, tetapi buat pasaran global – masih tiada lagi maklumat.


TIPS & ULASAN