The Punisher adalah salah satu siri Marvel Netflix yang belum ditamatkan. Musim kedua yang bakal hadir beberapa minggu lagi adalah musim terkahir bagi siri Marvel Netflix ini.

Baru-baru ini, Netflix telah memperlihatkan video acah yang mengumumkan tarikh rasmi tayangan siri ini di Netflix. Seperti yang telah kami tulis sebelum ini, The Punisher musim kedua akan hadir pada 18 Januari 2019.

Sebelum itu, Netflix turut hadir dengan satu video acah yang memperlihatkan adegan terapi watak antagonis Jigsaw. Jigsaw dilihat telah memakai topeng untuk menyembunyikan wajah beliau yang telah ‘pecah’ dibelasah oleh The Punisher pada musim sebelum ini.

Mari sama-sama kita tetapkan jadual untuk siri Marvel Netflix yang penuh dengan aksi dan adegan ganas ini. Satu lagi siri Marvel Netflix yang belum ditamatkan dan mungkin akan hadir tahun ini adalah Jessica Jones musim ketiga.

Sohor Kini