Skip to main content

The Punisher, iaitu salah satu siri Marvel Netflix yang belum dihentikan akan hadir dengan musim kedua. Bulan Disember tahun lepas, Jon Bernthal iaitu pelakon yang membawa watak Frank Castle/The Punisher terbit satu imej di Instagram mengenai The Punisher musim kedua yang sudah tamat rakaman dan akan ditayangkan di Netflix pada bulan Januari tahun ini.

Kini, video acah untuk The Punisher musim kedua telah dipertontonkan. Dalam video ini dilihat Frank (berkemungkinan besar) membakar surat dakwaan atas jenayah beliau. Jadi ini bermakna, The Punisher akan menentang sekali lagi sistem keadilan kerajaan dan akan bertindak mengikut kehendak beliau sendiri.

Menurut kicauan daripada Twitter Netflix Timur Tengah (sudah dipadam), The Punisher musim kedua akan hadir ke Netflix pada 18 Januari tahun ini. Ini bermakna, lebih kurang dua minggu lagi kita boleh saksikan The Punisher kembali beraksi sebagai vigilante yang ganas.

Leave a Reply