Yosuke Matsuda, iaitu presiden Square-Enix minggu ini berkongsi sebilangan pendapat dan kenyataan sempena tahun 2019 ini.
Menurut beliau, memandangkan konsol generasi kini telahpun memasuki akhir hayat sekaligus topik yang sering dibincang semestinya adalah konsol generasi seterusnya. Antara perkara yang menjadi tarikan buat pasaran kini adalah servis atas awan yang mana kini telah pun meningkat dimana bukan sahaja buat pembangun malah dikalangan pengguna.
Tambahan itu, menurut beliau dengan pantasnya industri ini bergerak, teknologi awan dengan fungsi penstriman dan langganan juga menjadi model bisnes yang pasti akan menjadi satu kunci utama buat perkembangan industri permainan video pada masa akan datang.
Sebelum ini kami juga berbincangkan berkenaan perkara tersebut dimana penulis kami, Izzat juga menyatakan kenapa permainan video kini akan ke arah penstriman. Bagi anda yang berminat untuk membacanya, anda boleh ke pautan dibawah.