Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan April 2018 Diumumkan – Sertakan Mad Max Dan Heavy Rain

Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan April 2018 Diumumkan – Sertakan Mad Max Dan Heavy Rain

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan April 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak lima permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 5 April sehingga 9 Mei 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat permainan tersebut :

  • Mad Max (PS4)
  • Heavy Rain (PS4)
  • Blazblue: Central fiction (PS4 & PS3)
  • Sky Force Anniversary (PS4, PS4 & PSVita)
  • Toy Home (PS3)

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 5 April sehingga 9 Mei. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Mac, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 4 April ini.


TIPS & ULASAN