Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan Mac 2018 Diumumkan – Sertakan Bloodborne Dan Garou: Mark Of The Wolves

Permainan Percuma PlayStation Plus Bulan Mac 2018 Diumumkan – Sertakan Bloodborne Dan Garou: Mark Of The Wolves

Diterbitkan pada Mac 1, 2018 oleh .

Bagi para pelanggan PlayStation Plus, salah satu penawaran menarik melaluinya adalah permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan. Terkini, untuk bulan Mac 2018 ini, Sony telah mengumumkan sebanyak tiga permainan yang ditawarkan untuk para pengguna.

Bermula 8 Mac sehingga 4 April 2018 ini, pengguna Playstation Plus bakal mendapat permainan tersebut :

  • Bloodborne (PS4)
  • Garou: Mark Of The Wolves (PS4 & PS Vita)
  • Bombing Buster (PS4 & PS Vita)
  • Darkness II (PS3)

Selain itu, Sony Interactive Entertainment juga menyertakan set avatar dan tema Monster Hunter World buat konsol Playstation 4.

Bagi anda yang mempunyai langganan PlayStation Plus, anda boleh memuat-turun permainan ini bermula daripada 8 Mac sehingga 4 April. Bagi mereka yang masih belum memuat-turun permainan percuma untuk bulan Februari, anda masih boleh membuat sedemikian sehingga 7 Mac ini.


TIPS & ULASAN