Skip to main content

Natsume sebelum ini mengumumkan bahawa permainan Harvest Moon: Light Of Hope akan dilancarkan di konsol. Kini, mereka akhirnya berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut bersama pengumuman sebilangan kemaskini terbaru yang bakal tiba.

Melalui mod multi-pemain koperasi ini, pemain kedua berupaya untuk mengawal watak Soleil iaitu Gem Sprite yang mana beliau berupaya untuk membantu bercucuk tanam dan sebagainya. Pemain utama juga berupaya untuk mengahwini watak Soleil tersebut. Natsume juga menyatakan selain daripada mod ini, akan terdapat lagi pelbagai kandungan tambahan seperti DLC, pas musim dan sebagainya akan tiba buat permainan tersebut.

Seperti siri permainan Harvest Moon sebelum ini, anda akan tiba di sebuah kawasan perkampungan ini dan diberi tugas untuk menyelesaikan masalah perkampungan tersebut dengan bercucuk tanam, membela ternakan dan berkenalan dengan kesemua masyarakat di kampung tersebut. Permainan ini memberi sedikit kelainan dari siri sebelumnya dengan penceritaannya dimana perkampungan tersebut musnah akibat ribut yang kuat dan anda ditugaskan untuk membina semula perkampungan tersebut supaya penduduk disitu boleh pulang.

Harvest Moon: Light Of Hope sudah dilancarkan di PC tahun lepas dan pemain boleh mendapatkannya di melalui Steam dengan harga RM51. Bagi edisi konsol, Natsume akan melancarkan edisi istimewa yang bakal menyertakan sebilangan kandungan pada 29 Mei ini buat konsol Playstation 4 dan Switch.

Leave a Reply