Informasi Permainan Video Terkini
Harvest Moon: Light Of Hope Edisi Istimewa Akan Tiba Di Konsol Pada Mei Ini

Harvest Moon: Light Of Hope Edisi Istimewa Akan Tiba Di Konsol Pada Mei Ini

Diterbitkan pada Feb 8, 2018 oleh .

Pada Januari lepas, Natsume mengumumkan permainan Harvest Moon: Light Of Hope akan tiba di konsol Playstation 4 dan Nintendo Switch. Kini Natsume akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan tersebut akan dilancarkan pada Mei ni bersama permainan edisi istimewa.

Menurut Natsume, kandungan edisi istimewa permainan tersebut akan diumumkan kemudian oleh mereka. Ini juga merupakan siri Harvest Moon yang pertama kembali ke konsol Playstation sejak pelancaran Harvest Moon: A Wonderful Life di konsol Playstation 2 pada 2004 lepas.

Harvest Moon: Light Of Hope juga dilancarkan di PC pada November lepas. Bagi anda yang berminat untuk bermainnya di PC, anda boleh membelinya melalui Steam dengan harga RM51.


TIPS & ULASAN