Informasi Permainan Video Terkini
Mark Of The Ninja: Remastered Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Mark Of The Ninja: Remastered Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One, Switch Dan PC

Diterbitkan pada Mac 29, 2018 oleh .

Beberapa minggu lepas, Klei Entertainment mengumumkan bahawa permainan Mark of The Ninja: Remastered bakal tiba di konsol Switch, kini mereka akhirnya mengumumkan bahawa permainan tersebut juga akan tiba buat konsol-konsol lain dan PC.

Mark Of The Ninja: Remastered merupakan permainan aksi pengembaraan 2D platformer  yang mana meletakkan pemain bermain sebagai seorang Ninja. Pemain perlu melengkapkan sebilangan objektif dan bertempur dengan musuh. Pemain juga diberi pilihan untuk membunuh musuh ataupun tidak.

Melalui permainan pernambah-baikkan ini, Klei Entertainment juga akan menyertakan sebilangan kandungan tambahan dan juga DLC Ninja Special Edition yang mana ia akan menyertakan sebilangan kandungan pernambahan penceritaan, barangan bersama watak baru.

Buat masa ini, Klei Entertainment masih belum berkongsi tarikh pelancaran permainan tersebut. Namun ia dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.